Saturday 15 September 2012

THEY. FRIEND.

Kadang-kadang aku masih kabur apa yang dinamakan kawan ? Apa yang dimaksudkan dengan erti kawan ? Apa fungsinya kawan ? Apa gunanya kawan ? Kenapa perlu ada kawan ? Kenapa kawan ? Macam pepatah erti maksud makna dan sebgainya lah yang menyatakan tentang kawan kan. Bagi korang apa pendapat korang pasal kawan pulaak ? TELL ME PLEASE. TELL ME !

Bila cerita soal Kawan ni kan kadang-kadang aku nak menangis. Sebab kawan lah kadang-kadang aku hilang kawan yang lain. eh ? k.diaam. Malas nak ungkit kisah lama, kang air mata aku boleh tadah 1 baldi buat basuh baju. K. Cerita diteruskan. Aku taknak bagi penerangan tentang maksud kawan, mayb semua orang punya pendapat berbeza soal kawan kan. Termasuklah aku. Maksud kawan tu kadang-kadang sampai tak terluah dengan kata-kata. Memang orang selalu kata, Kawan biar beribu. YES memang dah beribu dah kawan-kawan yang aku kenal. Kerana beribu tu lah aku susah nak dapatkan kawan yang betul namanya kawan. EH ? k.Diam lagi. 

Total jumlah sekolah aku dari Tadika ke Sekolah Rendah pastu sekolah menengah pulak sampai lah ke IPT kan ada 14 buah tempat belajar dan 14 buah kisah yang aku simpan. Banyak kan ? Kalau nak diceritakan boleh buat Novel setebal 9999 muka surat tahu. Haaa. Memang tak tipu lah bila aku cakap macam2 rupa jenis perangai orang dah yang aku kenal dari kecik sampai aku besar kan. Aku tak kisah orang nak anggap aku kawan jenis apa sekali pun, tapi yang aku tahu aku akan terus jadi kawan kepada kawan yang selalu ingat kat aku dan tak pernah sombong, belagak, ego, hipokrit, poyo, bodoh sombong, suka mengumpat, suka mengata belakang, suka memeperlekehkan orang, bajet bagus, tak reti bersyukur, menggedik, mengada dan sekutu berkutu-kutu dengannya. Nak jadi kawan aku kena terima seadanya. K. Terima Kasih.

So, kesimpulannya aku memang susah nak percaya dengan orang tak kisah lah orang apa sekali pun Orang-orang ke, orang lidi ke, orang eh ? Sudah.sudah kecuali...........

THEY. FRIEND.

Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang aku maksudkan dengan THEY.FRIEND. aku. Semoga persahabatan kita akan kekal untill Jannah forever n ever. Hope segala kepercayaan aku yang aku bagi kat THEY.FRIEND. aku akan terus menjadi satu kepercayaan yang takkan runtuh di telan bumi sekali pun. Aku doa kan kalian yang bergelar THEY.FRIEND. aku akan terus dilindungi Allah, diberi kesihatan yang sempurna dan berjaya didunia dan diakhirat kelak. Aku sayang THEY.FRIEND. aku. Terima Kasih Kalian. :')

No comments:

Post a Comment