Monday 6 February 2012

SEWANG Dance ! Ohsome.

Termenjerit Terkejut Teruja Terseronok ! Oh awesome gilaa. Apa kaitan nya ? Haaa. Tarian Sewang ni buat aku lemah jantung tahu. Lagi-lagi dengar muzik dia, sumpah seram. Satu lagi yang buat aku lemah jantung sebab group kitorang boleh menang dapat 1st place ok dari 21 kumpulan tarian yang lain. Sape tak terkejut ! Sumpah tak expect apa2 pon, tak minta ada dalam list top 3 yang membolehkan untuk dapatkan hadiah pun. Kitorang buat sehabis baik then cuba buat apa yang termampu sebab ini assigment kitorang. Itu je. Serius ! Apa yang aku harapkan markah untuk assigment je. Aku tak harap pun pasal menang kalah. Sebab adat bertandingkan. Confirm ada menang ada kalah. ^^


Huh. Aku nak update pasal benda ni asik terbengkalai je. Ada saje halangannya. Memang tak sempat ok, banyak sangat benda nak buat selain dari layan awesome capok aku ni. Kitorang perform Tarian Sewang ni 2 Februari 2012 hari tu, hari khamis minggu lepas. Sumpah seronok gilaa. Enjoy gilaa time tu, persembahan dari group lain pun hebat-hebat berlaka ok. Cun melecun dorang perform tarian dorang. Tapi, bak kata member2 aku, dah rezeki untuk group kitorang kan. So, Alhamdulillah. :) Seriusly kemenangan yang tak disangka-sangka. 


Haaa. Dah dah kina. Jangan nak bebel panjang lebar. Ok. Meh tengok sikit gambar-gambar masa hari kejadian. Oh, sebelum tu, actualy apa yang aku buat ni semuanya assigment, untuk Subjek yang aku amik sem ni Understanding and Creative expereince with Children. Pergh pergh pergh ! Assigment untuk subjek ni semua heavy-heavy kot ! Dari awal sampai last projek tarian ni. Rasa nak nagis je Tsk Tsk T__T'. Ok Stop berdrama kina. *Sorry Sorry* Nak hameek, sambung tengok gambar !



yeay ! Thats my group. Only 6 members ok. Tak ramai pun. ^^
Haaa. Cuba TEKA mana 1 aku ?


Haaaa. Tu diaa. Tadaaaaa. yeay ! 
Bertopeng ok. *Sebab cover muka cz tarian dia gila-gila dan memalukan sikit* Hahahah Bila dah pakai topeng nari je lah buat muka tak malu. :D *Padahal aku malu gilaa ok*
Bak kata kawan aku ZORO wanita. Hahahah "Zoro Ayu" gitu ! *Sila Muntah*


Ok. Ini lah muka ASLI Zoro wanita ayu tanpa bertopeng !
Ini before kitorang perform, Nak hilangkan gugup darah gemuruh tu main posing-posing dulu lah makan dia.


Nampak tak orang-orang  yang berpakaian kuning kat belakang kitorang tu. Ok, group dorang dapat 2nd place, dorang buat tarian Magunatip. Tarian orang SABAH tak silap aku. Susah jugak lah. Tapi best kot. 

Haaa. Nak cerita sikit pasal dorang ni. Pakaian yang dorang pakai tu SEWA ok. Gila mahal, sepasang baju RM80 If untuk 6 orang 6 pasang dah berapa ? Haaa. Kira-kira. Banyakkan ? Berhempas pulas dorang demi tarian sanggup keluarkan duit banyak-banyakkan. Perghh. Yang kitorang ni cuma panjat pokok amik daun kelapa je buat skirt ZORO tu. Hahahah Gilaa sadis kan ? Orang ASLI lah kata kan. Kena guna apa yang ada di HUTAN. Hikhikhik 

Actualy kitorang pun keluarkan duit yang banyak juga untuk tarian ni. Nak dapat kan pakaian sepasang dan sedondon. Baju T-Shirt putih tu je harga RM9.90 cuba kira untuk 6 orang ? Haaa. Banyakkan ? Seluar plak, seluar Geli-geli aku panggil. Perghh. Gila mahal ok seluar tu. Padahal seluar getah je yang orang selalu pakai tu. Harga dia mencecah puluhan jugak. *Dah tak ingat berapa ringgit* Anak tudung kaler biru tu plak. Memang Harga dia RM5 ringgit. Tapi duit jugakkan. So, kira lah untuk 6 orang. Berapa ? Puluhan jugakkan. *takyah kira aku punya sebab aku memang dah ada skarf biru tu* Hahaha Pastu tudung hitam tu plak 1 RM10, majoriti kitorang memang dah ada tudung tu, takde lah semua nak kena beli baru. Hehehe Beli 2 pasang je. So, dah RM20. So, cuba total semuanya. Expensive jugakkan kan kan ? Ok. Enough kina ! Jangan nak bebel-bebel panjang lagi. Ggrrr.

Haa. Penat Baca ? Penat Kira ? Hahahah Padan Muka ! Ok. VIDEO ? Cerita pasal video ni memang takleh nak cakap apa lah kan. Aku dah try upload tapi tak boleh. Mayb sebab besar+berat sangat kot, dia tak dapat nak tampung. Tengok lah dalam video tu ada berapa orang ? 6 Orang ok. Berat badan semua berlebihan. Hahahah Ok. If sape nak tengok persembahan kitorang datang lah jumpa aku bawak pendrive, nanti aku masukkan video tu then tengok lah sampai lebam. *Alaaah. Macam ada orang nak tengok kan kan kan ?* HAHAHAH

Ok. Stop mengarot kina. Kbai. Jumpa lagi di NEXT entry ! *Still senyum sengih sorang2 lagi bila tengok video tarian kitorang* Hahahah Masih tak percaya SEWANG DANCE boleh menang. HuaHuaHua :D



No comments:

Post a Comment