Thursday 16 August 2012

Tirai Ramadhan berlabuh, Tirai Raya menjelma.

Assalamualaikum.
Dup dap dup dap dum dam dum dam. Hooyyeahh Menghitung gari untuk tiba ke tarikh keramat HARI RAYA TAHUN 2012. Ehh. Nak raya dah ni. So, How persiapan raya korang ? Dah setle shopping shoppang Shoppung beli barang raya belum ? Alaaah. Sudah sudah lettuw shoppingnya. Tak payah over sangat cari barang raya. Guna apa yang ada je, jangan membazir. Membazir ni tak baik, amalan syaitan taw. Syaitan takde bulan puasa ni, tapi jangan pulak kita yang menggantikan syaitan means ikut perangai syaitan yang tak baik tu. Hihihi Haaa jap. Sebelum tu Apa tema korang tahun ni ? Masih ada warna tema or warna pelangi. Campur-campur je janji raya kan. Hahahah 

Ramadan: 1✔ 2✔ 3✔ 4✔ 5✔ 6✔ 7✔ 8✔ 9✔ 10✔ 11✔ 12✔ 13✔ 14✔ 15✔ 16✔ 17✔ 18✔ 19✔ 20✔ 21✔ 22✔ 23✔ 24✔ 25✔ 26✔ 27✔ 28✔ 29❒ 30❒ 
Haaa. Korang puasa penuh tak ni ? Kalau tak penuh bersebab jangan lupa ganti nanti. Yang saje ponteng puasa tanpa sebab sila lah jawab dengan Allah di akhirat nanti. Sekian.

Alhamdulillah. Hampir selesai dah tanggungjawab kita tunaikan ibadah rukun islam ke tiga iaitu PUASA DIBULAN RAMADHAN. :) Ohh. Sayunya nak tinggalkan bulan mulia tu kan. Ada tak lagi peluang kita untuk puasa pada tahun depan ? Hmmm. :') Dan tahun ni jugak alhamdulillah genap umur aku 20 tahun dapat beraya dan meraikan hari raya with Lovely Family. Masih ada kah peluang aku beraya untuk tahun depan ? Mudah-mudahan masih berpeluang kan. Amiinn. :') Cerita pasal kaler tema tadi kan, lupa pulak nak bagi taw. Tahun ni Family aku choose tema warna Purple. Siapa tema tahun ni warna purple juga sila angkat kaki. :D

Okey. Sempena bulan puasa yang tak lama je lagi akan melabuhkan tirai dan aidilfitri yang akan menjelma tak kurang 2 hari je lagi. Dan di kesempatan ini saya yang diberi nama NURUL SAKINAH BINTI MOKHTAR ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN serta ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin atas kesilapan dan kesalahan yang sengaja ataupun TERsengaja ataupun berniat ataupun TAK TERniat, maaf zahir dan batin okey. Jangan simpan dalam-dalam taw kalau terasa hati, nanti busuk susah pulak. Siapa nak tolong cuci. eh. okey. Enough.

Kepada yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung. Hati-hati ye korang, drive carefully okey. Kalau ngantok R&R kan banyak , sila singgah berhenti dulu. Jangan sebab teruja nak sampai kampung cepat buat amik tak endah je. Ingatlah orang yang tersayang. Okey. Aku pun nak gerak balik kampung dah esok. *excited* Semoga perjalanan kalian di lindungi Allah. :) Selamat Berhari Raya youAll's. Selamat makan bebanyak. Selamat menaikkan semula berat badan. Selamat kutip diut raya. Selamat nangis-nangis pada yang si EGO yang tak pernah menagis dekat setahun. Hahaha :D  Kbai. Assalamualaikum. :)


No comments:

Post a Comment